
Sulit
5 tahun
Hard,movable,single lump in breast
Saya berumur 29 tahun. Saya sudah berkahwin dan sekarang saya pregnant 8minggu. Sebelum ni saya ada perasan saya ada lump dekat left breast. Lump ni sya perasan ada sejak 1tahun setgh yg lepas. Saya takut nak berjumpa doktor sebab takut benda yang saya takut iaitu breast cancer. Lump ni movable dan keras. Lump ni akan membesar bila nak period dan bila sya preganant ni pun dia membesar. Tetapi bila xperiof lump ni akan mengecil.saya ada makcik yang pernah mendapat breast cancer. Adakah lump ni adalah cancer atau cume benign?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mendiagnosa sesuatu penyakit, ia memerlukan pemeriksaan daripada doktor, biopsi serta ujian imbasan yang terdiri daripada ultrasound memandangkan anda masih muda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.