Sulit
4 tahun
Hari ni kencing berdarah, tak tahu kenapa tiba-tiba kencing berdarah. Sebelum ni tak pernah terjadi pun
Doctor, saya pelajar Patisserie khusus buat dessert. Sejak kebelakangan ni, kita asyik makan benda manis je kerana kita selalu buat kek. Hari ni saya perasan kencing saya berberdarah. Adakah ia disebabkan saya makan terlalu banyak benda manis dan kuramg minum air?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan punca masalah anda dapat dicari dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Sila jumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Gangguan aktiviti harian atau tidur
- Terdapat cecair yang berbau atau nanah keluar dari kemaluan anda
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Lemah dan lesu
- Hilang selera makan
- Berat turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































