
Sulit
3 tahun
Hari pertama & kedua period berwarna coklat.. Keluar sikit².. Hari ke 3 keluar banyak beserta ketulan & lendir
Saya 38thn… Nak minta doc beri pencerahan knp period saya hari pertama dan ke dua berwarna coklat sikit² hari ke 3 baru darah keluar banyak beserta ketulan & lendir…adakah itu normal bg wanita berumur mcm saya?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kebimbangan anda tentang pendarahan haid yang banyak beserta ketulan & lendir. Anda juga ingin mengetahui sekiranya perkara itu adalah normal atau sebaiknya. Kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, pendarahan haid yang disertai ketulan dan lendir yang banyak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, gejala yang dinyatakan juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Gangguan pendarahan
- Fibroid rahim atau faraj
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.