
Anonymous
5 tahun
Hari sesuai makan Pil perancang
Saya mengalami kitaran haid antara 33 hingga 35 hari… bilakah masa yang sesuai tuk saya makan pil perancang? Saya dah makan 2 paket sebelum ni… saya makan pada hari ke 5 waktu haid… adakah betul tindakan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Cara pemakanan pil perancang adalah berdasarkan jenis pil perancang tersebut. Anda harus membaca arahan, kandungan dan kesan sampingan pada pakej pil tersebut.
Pil perancang yang biasa diambil para wanita adalah jenis kitaran 28 atau 21 hari.
- Satu papan pil ini mengandungi 21 biji tablet dan terdapat tanda hari pada setiap tablet yang harus dimakan. Tablet ini haruslah dimakan setiap hari pada waktu yang sama mengikut arah anak panah yang tertera pada papan Mercilon.
- Selepas habis makan semua 21 biji tablet, janganlah membuka pek yang baru terdahulu selama 7 hari (jika jenis pil 28 hari, anda harus mengambil pil placebo pada hari ke 22). Dalam masa 7 hari tiada pengambilan pil ini, anda mungkin mengalami haid atau pendarahan. Walaupun tiada pengambilan Mercilon dalam 7 hari ini, anda masih dilindungi daripada kehamilan. Meskipun haid masih berterusan, anda haruslah memulakan pengambilan pek Mercilon yang baru pada hari ke-8.
- Biasanya, lebih baik untuk mula mengambil pil Mercilon pada hari pertama datang haid kerana anda akan dilindungi daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mula mengambil pil Mercilon pada masa yang lain dalam kitaran haid anda, untuk 7 hari pertama makan pil ini anda masih perlu menggunakan kontrasepsi yang lain seperti kondom sementara menunggu pil ini bertindak.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.