Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Neutrophil rendah tapi lymphocyte dan monocyte tinggi… Apa penyakit saya doctor??
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Neutrophil, lymphocte dan monocyte merupakan sel darah putih yang secara amnya berfungsi dalam melawan jangkitan bagi memberi perlindungan kepada tubuh.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, keputusan ujian darah adalah komponen yang membantu para doktor untuk membuat kesimpulan. Namun, aspek yang lebih penting adalah sejarah kesihatan serta maklumat gejala yang dialami oleh pesakit.
Hanya dengan ujian darah ianya tidak mencukupi dan tidak boleh diambil secara terus dalam membuat diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.