
Sulit
4 tahun
Hati berlemak menutupi hati
Saya berumur 17 tahun tapi bacaan hati saya 283 ok ker dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti bacaan yang manakah yang dirujuk oleh anda kerana pelbagai parameter yang terdapat di dalam ujian hati (liver function test) dan setiap parameter mempunyai julat bacaannya yang tersendiri. Kami sarankan anda merujuk keputusan anda kepada doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.