
Sulit
3 tahun
HB darah kurang stabil
-period kekadang over flow kekadang sikit sikit for the next month
- pernah admit dekat wad tambah darah sbb hb tinggal 6
- pernah kemalangan patah kaki dan tangan kiri. masih ada permanent plate pada kakidan tangan.
-kekadang rasa badan mcm nak melayang…adakah kerana hb low…
Ingin mengesahkan boleh kah mengambil vaksin dengan keadaan mcm ini?
Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai perkara sama ada anda boleh mengambil vaksin COVID-19 dalam keadaan di mana bacaan hemoglobin yang tidak stabil. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, vaksin COVD-19 adalah selamat dan amat digalakkan untuk diambil untuk mengelakkan komplikasi penyakit tersebut. Pesakit yang mempunyai bilangan hemoglobin yang rendah tidak mempunyai masalah untuk mengambil vaksin tersebut. Anda digalakkan untuk membuat ujian pravaksinasi dan mendapatkan pandangan yang lebih teliti daripada doktor mengenai keadaan anda.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai anemia dan vaksin COVID-19.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini