Sulit
6 tahun
Headache. Covid19 covid 19 covid 19
Hi, saya wanita berumur. 22 tahun . Saya tiada direct contact dengan pesakit +covid19. Akan tetapi saya bimbang kerana pada hari sabtu 14/3/2020. Sy telah berada di tbs pada waktu pagi dan menaiki bas utk puoang ke kampung. Semasa berada di tbs dan di dalam bas tersebut, saya menggunakan hand sanitizer dan memakai facemask. Sy check suhu guna thermometer. Pada hari ini. Suhu saya 37.2 degree celcius sy juga mengalami pening kepala… Saya tidak mengalami gejala batuk atau selsema atau susah nk bernafas. Cuma saya mengalami lenguh badan. Adakah ini disebabkan pemakanan yang tidak sihat atau saya tidur byk sgt atau sbb covid19. Kebiasaannya saya mmg jarang demam atau jatuh sakit. Dan kebiasaannya klu sy demam,suhu akan betul2 timggi. Blh jelaskan adakah ini berkaitan covid19 atau tidak. Terima kasih
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit kepala
(headache). Antaranya ialah:
- Migraine: sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
- Tension headache: sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
- Cluster headache: sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































