Sulit
5 tahun
Headache hampir setiap hari
Anak saya berumur 14 tahun masih belajar di sekolah sering dapat sakit kepala… katanya sakit kepalanya berubahan tempat iaitu kadang2 di seluruh dahi,kadang2 di pertengahan mata,dan juga di atas mata… Dia start sakit kelapa itu di usia 12 tahun katanya dia rasa pening kepala,loya dan telah muntah di sekolahnya. Saya telah membawanya ke klinik berdekatan dan doktor tersebut kata kerana anak saya kepenatan…sejak kejadian di sekolah itu dia sering rasa pening kepala seminggu sekali sehinggalah dia 13 tahun…sekarang dia dah 14 tahun sering merasai pening kepala hampir setiap hari dan juga rasa loya…dia ada juga complain sakit di bahagian leher.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu sakit kepala. Sakit kepala sememangnya dapat mengganggu aktiviti seharian terutamanya proses pembelajaran bagi remaja/ pelajar sekolah. Berdasarkan keterangan anda, rasa sakit pada leher merupakan gejala yang sering mengiringi gejala sakit kepala pada kebanyakan pesakit. Namun, untuk gejala loya, saya sarankan anda membawa anak anda berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan supaya penyebab sebenar dapat dikenalpasti dan rawatan tepat dapat diberikan kepadanya.
Bagaimanapun,untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anak boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anak anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.


































