
Sulit
5 tahun
Heart attack or covid19?
Hello, saya menngalami chest tight dekat chest for the first day rasa sukar bernafas. The second day lengan sebelah kiri saya rasa kebas until hari ni which is hari ketiga. Ada rasa opening tapi sekejap saja and rasa agak penat juga. Should I do appointment with klinik berdekatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sakit dada yang mengetat dan juga tangan kebas bukanlah simtom yang dialami pesakit COVID-19.
Masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- serangan jantung
- kegagalan jantung
Anda disarankan untuk mengunjungi bahagian kecemasan kerana dikhuatiri anda mengalami serangan jantung.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor jantung kami.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!