
dilarazak92
5 tahun
Heavy lower back pain
Saya berumur 27tahun, telah berkahwin (baru 7 bulan) dan mengalami sakit pinggang yang agak teruk sejak tahun ini dan semakin teruk sejak beberapa bulan ini.
Apabila saya duduk di lantai terutamanya, saya mengalami kesukaran untuk terus berdiri dan kebiasaannya saya akan bongkok apabila bangun dan memegang pinggang saya utk support bahagian yg sakit. Begitu jugak sekiranya saya duduk diatas kerusi. Dan buat masa sekarang, sy lebih selesa utk baring daripada duduk kerana sy akan rasa sakit yg agak teruk.
Saya bekerja di dalam office sahaja dan dah 4 tahun bekerja. Dan rutin saya memang menghadap komputer shj utk tempoh yg lama. Kebiasaannya memang akan terasa sakit apabila bangun dari kerusi.
Saya pernah terjatuh tetapi pada masa itu hanya melibatkan buku lali kaki kanan sahaja yg bengkak. Tetapi skrg saya mula merasa kebas di bahagian kaki tersebut dan kadangkala kebas di bahagian lutut kanan saya sehingga menyebabkan saya sukar untuk tidur. Utk makluman doktor, kejadian jatuh tersebut telah lama, lebih dr 10 tahun.
Dan setiap malam, saya memang akan tidur dgn meletakkan ice pack di bahagian belakang sy iaitu pinggang utk melegakan kesan seharian yg memerlukan duduk di kerusi.
Utk makluman doktor juga, sy tidak memandu kenderaan sama ada jarak yg jauh atau tempoh yg lama.
Pada pendapat doktor adakah sakit pinggang saya ada kaitan dgn slip disc ?
Thank you in advance doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah sakit pinggang yang anda alami. Salah satu penyumbang kepada masalah ini besar kemungkinan adalah disebabkan oleh rutin harian anda yang memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama. Ia juga mungkin berpunca daripada postur tubuh yang salah ketika anda duduk, berdiri, berbaring atau mengangkat barang.
Mengenai kemungkinan anda menghidap slip disc atau tidak, perkara ini tidak boleh dipastikan tanpa maklumat yang lengkap dan pemeriksaan. Malah ujian imejan juga mungkin diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini ke klinik untuk pemeriksaan dan anda akan dirujuk kepada pakar tulang sekiranya perlu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.