
Sulit
4 tahun
Hello dokter . saya seorang wanita berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu
hello dokter . saya seorang wanita bujang berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu . seperti 4 bulan sekali baru datang period . sejak dari umur saya 18 tahun lagi . jerawat saya naik banyak setiap bulan kalau nak datang period . tapi period hanya datang 4 bulan sekali . saya risau sangat dokter . boleh dokter tolong bagi penjelasan dan apa yang patut saya buat . terima kasih dokter .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Selain itu, oleh kerana proses kitaran haid ini berkait rapat dengan perubahan hormon, maka ianya sangat lazim untuk para wanita tumbuh jerawat ketika datang haid. Perubahan hormon ini dipercayai menyebabkan penghasilan minya yang berlebihan dan menyebabkan pori tersumbat dan seterusya jerawat.
Untuk mengetahui langkah yang perlu anda ambil mengenai haid tidak menentu anda, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui terlebih dahulu. Hal ini kerana, rawatan mugkin berbeza mengikut punca kepada maalah anda. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi masalah jerawat anda pula, anda harus mengamalkan penjaggan kulit yang baik. Pertama sekali dengan mencuci muka. Antara bahan yang dicadangkan utuk ada dalam pencuci muka anda adalah Salicylic acid, glycolic acid atau Probiotics. Untuk rawatan setempat pada jerawat (spot treatment) anda boleh menggunakan ubat sapu retinoid. Jangan lupa untuk memakai pelembap kerana bahan yang disebut sebelum ini adalah mengeringkan. Sekiranya tidak berkesan, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk pemeriksaan serta rawatan yang lebih tepat seperti ubat makan.
Anda boleh juga membuat temu janji dengan doktor pakar kulit pilihan anda dari hospital swasta dengan mudah melalui link ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.