
Sulit
3 tahun
Hello doktor, adakah saya mengalami anafilaksi ? Berapa lama kah anafilaksi boleh berlanggsung tanpa rawatan atau perubatan?
Hello doktor, adakah ini anafilaksi ?
Selepas saya isap Vape, heart rate saya tiba2 naik ke 100bpm ke atas. Pernafasan saya juga pendek selama lebih kurang 10-15 minit. Tekak saya seperti ada sesuatu yang kecil melekat. Saya ada perasan satu malam mulut saya ada bintik gatal kecil selepas saya vape. Malam itu, saya tidak boleh tidur kerana saya dapat rasa jantung berdebar2. Pernafasan juga seperti tidak cukup oxygen.
Ke esokkan harinya, saya pergi ke doktor. Doktor membuat ecg scan terhadap saya, mendapati jantung saya normal, cuma heart palpilation kerana sewaktu di doktor, heart rate saya masih tinggi sejak semalaman.Doktor memberi ubat untuk Angin kerana doktor mensyaki saya mungkin mempunyai Gerd. Hari kedua ini, simptom yang ada hanyalah pernafasan tidak puas, dan heart rate senang naik walaupun membuat aktiviti ringan seperti berjalan dalam rumah. Saya monitor heart rate mengunakan jam pintar dan blood pressure tester Omron.
Hari ketiga, pernafas masih kadang-kadang tidak puas. Heart rate masih senang meningkat apabila membuat perkara kecil. Dada saya juga terasa sedikit berat kadang-kadang dan sakit sedikit sahaja.
Hari ke empat, saya perasan pernafasan sudah lancar, hanya kadang2 sahaja saya perlu tarik nafas secara mendalam. Tetapi, heart rate saya masih senang meningkat apabila membuat aktivit ringan, sbagai contoh, saya duduk di sofa (70bpm), saya berjalan ke dapur (90bpm).
Jadi doktor, adakah saya menghadapi anafilaksi ? Adakah anafilaksi boleh berlanggsung lama seperti ini ? Saya tidak pernah mengalami reaksi alergi sebelum ini. Adakah saya hanya paranoid atau gelisah ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anemia-Oleh kerana anda terjumpa cacing dalam najis anda, ini mungkin penyebab anda kekurangan darah.
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.