
nique.ns90
5 tahun
Hemoglobin C dan migrain
Hi Doktor, sy berumur 29thn dan bru disahkan HbC tidak normal. Sy nak tanya ini perkara yg jarang berlaku ke di Malaysia?Sy selalu mengalami migrain hampir setiap minggu dan sering cepat berasa letih, adakah ini berkaitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hemoglobin C adalah terkait dengan warisan genetik. Orang dengan masalah darah HbC mungkin mengalami anemia ringan, lantas menyebabkan rasa letih.
Sedangkan, migrain adalah sejenis sakit kepala yang disifatkan dengan sakit berdenyut di satu sisi kepala yang timbul dalam bentuk serangan dan dapat berlangsung sehingga 72 jam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.