mar157133
6 tahun
Hendak mengubah waktu makan Pil Noriday
Saya berumur 27 tahun dan baru melahirkan anak 26/4/19 yg lalu. Saya mendapat haid pertama selepas melahirkan pada 12/6 Saya mula mengambil pil noriday pada 9/6 ats saranan jururawat. Saya biasa mengambil pil pada pukul 9.30am. Tetapi ingin mengubah waktu pengambilan pil kepada sebelah malam kerana saya perlu mengganti puasa. Bolehkah saya berbuat demikian dan apakah caranya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk makluman puan, pil perancang kehamilan Noriday mengandungi hormon Norethisterone boleh didapati dalam bentuk 28 atau 21 hari. Puan digalakkan untuk mengambil pil Noriday pada waktu yang sama setiap hari supaya puan tidak lupa pengambilan ubat tersebut tetapi puan boleh mengubah waktu pengambilan sama ada mula pada waktu pagi atau malam asalkan Puan mengambil sebiji pada satu hari secara konsisten.
Untuk maklumat lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.Terima kasih.


































