
Sulit
3 tahun
Hentakan di bahagian kepala
Saya wanita, 28 tahun.
Kepala saya terhentak. Saya rasa dalam kepala macam sejuk. Bila saya tekan belakang kepala pun pedih. Rasa macam ada luka kat dalam.
Jadi saya nak tanya, perlukah saya check di hospital? Atau pergi klinik? Dan, macam mana nak tahu kalau ada pendarahan dalam kepala? Ada simptom?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk persoalan anda kepada kami.
Berdasarkan keterangan anda, ia adalah amat penting untuk anda ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera. Jika tidak dirawat secepat mungkin, ia boleh menyebabkan kemudaratan seperti pendarahan di dalam otak.
Antara simptom pendarahan dalam otak atau kecederaan pada otak adalah :
- Muntah lebih dari sekali
- Pengsan selepas trauma
- Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
- Amnesia/hilang ingatan
- Keliru
- Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
- Sawan
- Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
- Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
- Pupil atau mata hitam tidak sama saiz
- Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu
Untuk maklumat lanjut tentang punca masalah tersebut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.