Sulit
6 tahun
Hepatitis B dan sebagainya
Saya nak tanya ada kemungkinan ke kalau ayah saya ada hepatitis B saya pon akan ada jugak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Virus hepatitis B merebak dengan beberapa cara. Cara paling biasa adalah dari ibu kepada anak. Ini adalah cara paling kerap ditemui terutama di bahagian Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Cara jangkitan lain adalah:
- Perkongsian jarum suntikan
- Pemindahan darah
- Hubungan seksual.
Cara mencegah daripada terkena virus hepatitis ini adalah dengan mengelakkan perkongsian jarum suntikan dan hubungan seks rambang. Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu mengandung yang menghidapi hepatitis B, adalah sukar untuk menjangka kandungan akan menjadi pembawa hepatitis B atau tidak. Namun demikian, risiko untuk jangkitan kepada bayi yang lahir dari ibu pembawa hepatitis B adalah rendah. Satu lagi langkah pencegahan untuk hepatitis B yang paling berkesan adalah melalui vaksin.
Sekiranya positif kali pertama sebagai pembawa hepatitis, kebiasaannya ujian untuk pengesahan akan dilakukan sekali lagi. Keputusan darah hendaklah dibawa ke klinik terdekat dan doktor akan membuat surat rujukan ke doktor pakar perubatan/hepatologi di hospital terdekat. Kebanyakan pesakit adalah pembawa kronik dan tidak memerlukan ubat untuk melawan hepatitis B. Namun demikian, lawatan susulan ke hospital adalah perlu bagi pengesanan awal masalah berkait dengan hepatitis iaitu cirrhosis dan kanser hati. Dalam pada masa yang sama, fungsi hati dan ujian ultrasound hati akan dilakukan dari masa ke semasa.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak berkongsi barang persendirian seperti barang bersolek, pengetip kuku, anting-anting dan makanan serta minuman dengan pembawa Hep B.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.






































