
Sulit
5 tahun
Hepatitis B screening
Salam Dr… sy seorg isteri yg sedang TTC dan ingin mencuba IVF. Tetapi ujian darah sy menunjukkan hbs antigen non-reactive, hbs antibody 21.0 miu/ml. Apa maksudnya Dr? Catatan di result itu utk HbsAb reactive, buat at risk of decreasing below the protective level within a few years. Apa oerlu sy lakukan Dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian darah menunjukkan bahawa anda tiada hepatitis B aktif dan antibody anda berada paras sedikit rendah. Untuk mengetahui langkah-langkah yang bersesuaian mengenai perancangan kehamilan anda, anda perlu berbincang dengan doktor anda semula kerana hasil keputusan yang anda berikan ini masih belum jelas untuk pihak kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.