
Sulit
5 tahun
Hepatitis B selama 1
Saya wanita berumur 20-an…saya menghidap Hepatitis B kerana mungkin kena jarum atau sentuhan pada pesakit semasa saya praktikal di hospital.saya dapat tahu dari pihak tabung darah negara mengatakan saya dijangkiti virus tersebut pada tahun 2010.Saya dapat rawatan di hospital kerajaan pada 2013 hingga sekarang.tetapi masih tiada apa yang berlaku semuanya nampak normal dan dan darah pun doktor sana kata ok sahaja tidak ada apa-apa.saya menjadi keliru.tetapi bila saya kata ok ke darah dan ultrasound mereka kata tidak ada apa-apa dsn teruskan ambil darah dan ultrasound balik selama 6 bulan…Apa patut saya lakukan ye doktor?.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit Hepatitis B boleh sembuh, namun memakan masa yang lama sehingga lebih 6 bulan. Sepanjang tempoh pengubatan, anda harus disiplin dan patuh terhadap arahan pengubatan yang diberikan doktor. Memandangkan anda telah didiagnosa positif Hepatitis B, silakan untuk merujuk ke klinik atau doktor pakar agar dapat diberikan ubat suntikan yang sesuai.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.