
Anonymous
5 tahun
Hernia ( angin pasang )
Saya nak tanya adakah hernia ni menyebabkan kemandulan ? Sebab telur suami saya besar sebelah tapi kadang kadang dia okay . Adakah dia masalah yg sukar dirawat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada.
Terdapat beberapa jenis Angin Pasang :
Inguinal Hernia:
Hernia femoral
Hernia Hirisan
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh disebabkan oleh hernia seperti Angin pasang terbelit, himpitan dan sebagainya.Namun begitu jikalau anda bimbang akan masalah kesihatan suami, anda bolehlah merujuk hal ini dengan pakar pembedahan untuk rawatan yang selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih