
Sulit
3 tahun
Hernia ( angin pasang)
Salam Dr. Anak saya baru 1 bulan dan dia ada hernia sejak lahir, apa patut saya buat? Dan berapa kos utk pembedahan di hospital swasta

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hernia terbahagi kepada dua iaitu umbilical hernia dan juga inguinal hernia.
Untuk umbilical hernia, umumnya hernia tersebut akan sembuh sendiri setelah bayi tersebut berumur 1 atau 2 tahun. Namun jika hernia tersebut menjadi keras dan semakin membesar, serta tidak hilang setelah anak tersebut berusia 2 tahun, doktor akan manyarankan untuk menjalankan pembedahan hernia.
Untuk inguinal hernia, ia hanya dapat dirawat dengan melakukan pembedahan.
Kos pembedahan di hospital swasta untuk pembedahan hernia adalah berbeza-beza tergantung kepada hospital tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor