
Sulit
5 tahun
Hernia / angin pasang
Saya syakir berumur 21 tahun…saya ingin bertanya adakah hernia perlu pembehan ? …berapa harikah waktu pembedahan dan termasuk waktu cuti ? Berapakah kos pembedahan tersebut…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh dirawat melalui pelbagai cara. Antaranya:
- Konservatif (Pantauan doktor dari komplikasi hernia; sakit, usus tersumbat)
- Pembedahan (Sekiranya risiko komplikasi terlalu tinggi)
Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilaksanakan:
- Menggunakan kamera dan menebuk lubang seterusnya menampal lubang
- Pembedahan secara terbuka
Pembedahan ini memiliki durasi rehabilitasi yang berbeza. Pembedahan kamera hanya memerlukan 2-3 hari rehabilitasi dan kadang kala pesakit boleh meneruskan pekerjaan yang tidak berat. Pembedahan secara terbuka memerlukan rehabilitasi yang lebih panjang.
Bagi kos pembedahan, hal ini bergantung kepada kepakaran dan hospital.
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda berisiko tinggi terhadap komplikasi penyakit. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.