Sulit
4 tahun
Herpes atau penyakit lain?
Hye doktor. Saya lelaki berumur 20an. Dua hari lepas saya tiba2 berasa sakit tekak padahal waktu siang saya masih sihat sahaja. Selepas sakit tekak saya pula demam dan sakit kepala, gusi bengkak serta lidah saya terasa luka di hujung dan berbintik bintik merah. Saya telah mencari maklumat di internet dan simptom yang paling dekat dengan adalah herpes. So saya mahu kepastian sama ada saya memang dijangkiti herpes atau penyakit lain sebab saya ada bersentuhan mulut dengan seseorang pada bulan lepas.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda berikan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan Epstein-Barr virus - sejenis virus keluarga herpes juga. Ia mempunyai simptom seperti yang anda sebutkan dan juga dikenali sebagai “Kissing disease”
- Jangkitan virus herpes simplex - dari selesema
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Radang tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.