Sulit
6 tahun
Herpes mulut dan allergy kulit
Doc baru2 ini saya hidapi penyakit herpes mulut selama 3 minggu Dan telah consult doctor. Herpes tersebut telah hilang dengan ubat antiviral dan injection. Tapi baru2 ni saya Terasa demam dan bahagian private part seperti kering Dan kulit merekah doc seperti allergy, ubat apakah yang boleh saya gunakan doc? Apakah sebab herpes doc?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami di bahagian sulit anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital - virus yang sama yang menyebabkan herpes mulut boleh menjangkiti kawasan kemaluan juga
- Alahan dermatitis kulit - kepada kain seluar dalam atau pad/tuala wanita
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
- Kesan ubat yang diberikan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































