
Sulit
3 tahun
Hi anak 2 tahun saya eczema ..eczema boleh semboh sendiri ke
Anak saya eczema

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Rawatan pesakit ekzema selalunya bergantung kepada tahap ekzema itu sendiri. Jika ia tidak terlampau teruk, cukup untuk menggunakan krim pelembab. Jika kulit tersebut terlalu tebal dan kemerahan, krim steroid boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan di bahagian tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.