
Sulit
4 tahun
Hi doc. saya ada membeli rambut palsu cuma saya nak bertanya adakah selamat menggunakannya jika ia daripada pesakit covid-19
hi doc. saya ada membeli rambut palsu cuma saya nak bertanya adakah selamat menggunakannya.ada sedikit human hair,cuma yang merunsingkan saya kalau-kalau rambut tersebut diperbuat dari pesakit covid :).terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan rambut palsu yang mengandungi sedikit rambut manusia dan anda mengsyaki ia mempunyai sisa-sisa COVID-19. Untuk makluman anda, virus COVID-19 ini mudah untuk dielakkan dan dibersihkan. Kemungkinan rambut tersebut telah melalui proses pengcucian atau pun sanitasi sebelum ia sampai ke pasaran. Walaubagaimana pun, anda disarankan untuk mencuci rambut tersebut menggunakan sabun selama 20 saat serta menggunakan cecair sanitasi bagi membasmikan jangkitan COVID-19.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan SOP, memakai topeng mulut, dan juga menjaga penjarakan sosial sejauh 1 meter demi mencegah rantaian jangkitan COVID-19.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat dengan lebih lanjut mengenai masalah anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini