Sulit
3 tahun
Hi Doctor, bahagian.troat dalam tengah nahagian ada butir butir merah nampak.macam.darah,.troat.ada rasa.sikit sakit
saya lelaki umur 50, hari ini.rasa tekak ada sikit.sakit , bila saya periksa tekak saya nampak ada 3 butir butir merah nampaknya macam darah berada di bahagian tengah tegah dalam tekak. terimakasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan masalah yang anda hadapi adalah tonsilitis atau injected pharynx. Masalah ini boleh disebabkan oleh banya perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Dirumah, anda disarankan:
- berkumur dengan air garam bagi menghilangkan keradangan’
- minum air dengan mencukupi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.