Sulit
3 tahun
Hi doktor , saya nak bertanya sesuatu , bolehkah jika buat ujian darah seseorang itu , kita boleh mengetahui seseorang itu pernah bersetubuh
Saya wanita 20 an , bolehkah jika seseorang itu membuat ujian darah , kita akan mengetahui seseorang itu pernah bersetubuh dengan lelaki
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan jika seseorang telah bersetubuh boleh diketahui dari ujian darah. Kami akan memberi penerangan kepada anda.
Untuk makluman anda, tiada ujian darah yang boleh menunjukkan bahawa seseorang itu pernah bersetubuh melainkan jika ujian tersebut adalah ujian kehamilan dan ia menunjukkan keputusan positif, menandakan kemungkinan pernah melakukan hubungan seksual atau hasil persenyawaan in vitro.
Selain itu, jika anda melakukan ujian berkaitan jangkitan seksual (contoh:HIV) dan mendapat keputusan positif, doktor mungkin perlu menyeledik sejarah hubungan seksual anda bagi tujuan mengesan kontak rapat.
Harap jawapan ini membantu anda.
Hubungi kami untuk konsultasi atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang masalah kesihatan yang lain.
Terima kasih.




























