
Sulit
4 tahun
Hi doktor. Saya nak tanya, kenapa kanak kanak boleh deman panas secara tiba tiba?
Anak saya tiba tiba deman panas apabila bangun dari pada tidur…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Demam panas merupakan cara badan membasmi jangkitan virus atau bakteria. Dengan suhu yang tinggi pada badan, ia membantu membasmi jangkitan. Namun, ia menyebabkan anak-anak meragam kerana tidak rasa selesa. Jika anak anda aktif dan tiada perubahan pada pemakanan, ia tidak perlu dirisaukan.
Antara punca demam panas secara tiba-tiba:
- influenza
- denggi
- common cold
- viral croup
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anak anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.