Sulit
5 tahun
Hi, saya Positive covid19 dan saya I gin mengetahuan result bacaan ct value tersebut
1) E GENE: 24.52
2) E: 28.32
Atara dua result ct value ini, yang mana virus lebih lama ada dalam badan? Adakah no1 tu dijangkiti oleh no2?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan mengenai bacaan nilai CT. Berdasarkan kenyataan anda, cycle treshold value (CT value) atau nilai CT adalah nilai dalam ujian PCR untuk mengesan SARS-CoV-2 coronavirus. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang daripada 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Nilai CT bukan digunakan sebagai tanda penentu tempoh masa virus di dalam badan.
Nilai CT yang rendah boleh bermakna:
- Kesan virus (viral load) dalam badan adalah tinggi
- Jangkitan COVID-19 adalah dalam peringkat awal
- Pengesanan kes dan ujian di rt-PCR di buat di peringkat awal jangkitan
- Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
- Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat mengenai bacaan nilai CT. Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































