
Sulit
4 tahun
Hidronefrosis pada bayi
Hello doc . Sy sedang hamil 7 bln dan doc mengesahkan bayi dalam kandungan sy menghidap pembekakkan ginjal. Sy ingin tahu adakah bayi sy akn sembuh sebelum kelahiran dan mslh ini hilang dgn sendirinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah bayi anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sepatutnya anda bertanyakan kepada doktor yang mendiagnosis anda tentang hal ini kerana mereka lebih tahu tentang kondisi bayi anda. Saya tidak tahu menahu akan bayi anda, tiada sebarang keputusan ultrasound untuk dirujuk, maka saya tidak boleh menyimpulkan tentang kondisi bayi anda. Penyakit sebegini boleh sembuh atau tidak adalah berdasarkan tahap keseriusan bengkak tersebut. Anda sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan segala persoalan anda kepada doktor yang merawat anda di klinik.
Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk merujuk kembali hal ini kepada doktor anda kerana mereka lebih arif tentang kondisi anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.