
Sulit
3 tahun
Hidung anak sebelah kanan sakit
Selamat pagi dr…anak saya berusia 9tahun dia mengadu hidungnya sakit apabila sy tengok dalam hidungnya sebelah kanan nampak mcm sedikit bengkak.apayang boleh saya lakukan untuk bantu ank saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda mengajukan soalan tentang masalah anak anda yang mengalami masalah sakit hidung dan hidung kanan yang kelihatan sedikit bengkak mengikut pemerhatian anda. Kami akan cuba membantu.
Gejala bengkak dalam hidung beserta kesakitan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Kecederaan dalam hidung yang boleh disebabkan oleh tabiat mengorek hidung atau memasukkan sesuatu ke dalam hidung
- Radang dalam hidung
- Bisul atau jerawat
- Polip hidung
- Struktur hidung tidak normal
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, anda perlu merujuk anak anda kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sesetengah masalah ini adalah serius dan memerlukan perhatian dan rawatan segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.