
Sulit
3 tahun
Hidung Anak Senget ke atas
Assalamualaikum,hai doktor. saya nak tanya. haritu saya ada korek hidung d sebelah kanan hidung anak saya. saya korek hidung guna cotton bud. saya jolok2 sampai keatas tekan2 sampai tulang kiri kanan. lepas tu skrang ni hidung belah kanan dia macam senget keatas.adakah senget itu hanya bengkak semntara atau kekal. anak berumur 3 tahun. harap doktor dapat balas mesej saya.tqsm.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak usia 3 tahun merupakan waktu yang pertumbuhan yang paling aktif. Pada umur tersebut, tulang-tulang kanak-kanak tersebut akan tumbuh dengan pesat. Berdasarkan pernyataan anda, bengkak yang terjadi setelah anda mengorek hidung anak anda dengan menggunakan cotton bud, ia boleh jadi hanya sementara oleh kerana kesan anda mengorek sehingga mengenai tulang hidung anak anda. Anda harus memerhatikan anak anda dan jika bengkak tersebut tidak hilang setelah beberapa lama, anda harus merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor