
Sulit
4 tahun
Hidung bayi keluar air jernih
Salam sejahtera dr…sy ade bayi yg berusia 2 bulan lebih…sy nk bertanya semalam bayi sy bersin dan keluar air seperti belon kecil dr hidunng bayi…harini ade kluar lg lelehan air yg cair dari hidung bayi…cume dua kali sahaja…adakah itu normal atau bayi sy mengalami selsema…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala bersin dan hingus berbuih yang dihadapi oleh bayi anda yang tersayang boleh disebabkan oleh alahan atau pendedahan jangkitan kuman pada kali pertama buat bayi anda. Bersin dan hingus merupakan salah satu tindakbalas salur pernafasan sebagai sistem pertahanan badan khususnya untuk melindungi bayi anda daripada bahan asing dan jangkitan kuman. Adalah kemungkinan besar perkara ini adalah perkara yang tidak serius dan ia boleh dirawat dengan serta merta.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti batuk, iritasi, muntah, masalah pembuangan najis dan juga gejala demam yang boleh menandakn sebuah jangkitan kuman yang berbahaya atau jangkitan virus pada bayi anda. Sementara itu, kami sarankan anda untuk menjaga kebersihan persekitaran bayi anda serta diri anda, dan juga lebih mengamalkan penyusuan badan sekurang-kurangnya sehinga umur 6-12 bulan bagi membantu sistem pertahanan imun bayi anda. Susu ibu mengandungi antibodi semula jadi yang amat berguna bagi melawan jangkitan kuman dan virus. Susu formula juga dibenarkan pada masa-masa tertentu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.