
Sulit
5 tahun
Hidung berdarah ketika sakit kepala
Hi doktor, saya wanita berumur 23 tahun dan sedang hamil. Dalam 2 3 minggu ini saya kerap sakit kepala sebelah kiri. Bila sakit kepala, hidung saya berdarah. Sebelum hamil saya kerap juga sakit kepala sebelah kiri tapi hidung tidak berdarah. Sejak hamil hidung saya kerap berdarah bila sakit kepala. Adakah bahaya jika hidung kerap berdarah? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma anda, kehamilan menyebabkan saluran darah di bahagian hidung anda lebih mengembang, selain itu isipadu darah yang bertambah ketika kehamilan juga menambah tekanan pada saluran darah yang lemah ini. Oleh itu, sesetengah wanita mudah mengalami pendarahan hidung ketika hamil.
Walaupun perkara ini biasa berlaku kepada wanita hamil, rujuk ke klinik dengan segera sekiranya pendarahan berpanjangan atau darah yang keluar terlalu banyak. Rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala seperti pening atau pitam kerana dikhuatiri anda mengalami masalah kekurangan darah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.