
Anonymous
5 tahun
Hidung berdarah, sering pening kepala
Sy mistreen 26 tahun ada masalah hidung bdarah sbb sy mandi sy sering buang hingus kerap dan pening kepala, sy xda masa nak jumpa doktor sbb sy dekat overseas kerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Hidung berdarah atau secara saintifiknya ‘Epistaxis’ merupakan sebuah keadaan di mana berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.
Antara punca utama berlakunya masalah ini yang sering kali dialami ialah
- menghembus terlalu kuat
- cuaca persekitaran panas terik
- masalah jangkitan bakteria atau virus
- trauma kepada bahagian hidung
- pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Bagi masalah pening yang dihadapi oleh anda, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan darah akibat dari kehilangan darah yang berterusan.
Namun untuk menyelesaikan masalah anda, kami memerlukan maklumat tambahan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang rawatan yang diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.