
dianasobri17
5 tahun
Hidung berhingus setiap hari hampir setahun
Saya mengalami hidung yang berhingus sudah setshun tanpa henti.sudah ambil ubat ubatan pelbagai jenis.tetapi msalah tetap juga tidak selesai.kadang2 juga hidung saya sakit didalam.dan juga pernah bengkak di bahagian atas hidung sblh kanan apa yang patut saya lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan sinus (sinusitis)
- Alahan kepada persekitaran dan apa-apa bahan
- Ketumbuhan polip pada hidung
- Jangkitan kuman ataupun virus pada hidung
- Perubahan hormon
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.