Sulit
2 tahun
Hidung dan air liur mengandungi darah
Saya berumur 20an…seorang perempuan…sebelum ini, saya memang mengalami masalah hidung berdarah sejak saya kecil lagi…saya mengalami pendarahan di hidung malam td…Dan pd hari ini hidung saya tidak mengeluarkan darah tetapi apabila saya ingin mengeluarkan lendir dr hidung melalui mulut air liur tersebut mengandungi darah disertai dengan lendir…pd mulanya darah tersebut berwarna merah terang dan lama kelamaan darah tersebut menjadi warna kecoklatan…adakah situasi ini merbahaya dan adakah ini salah satu simptom kanser hidung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung berdarah. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit asma
- Polip hidung
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.