
mariam
6 tahun
Hidung dan dahi ni sakit sangat bila membongkok
Saya ada masalah, hidung dan dahi ni sakit sangat bila membongkok. Kenapa ye?

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Anda berkemungkinan mengalami masalah sinusitis. Sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan pada jaringan sinus iaitu rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah.
Simptom sinusitis adalah:
- Batuk
- Bau mulut
- Kelelahan
- Sakit pada bahagian sinus
- Lendir hidung yang berwarna hijau atau kuning
- Hidung sumbat
- Bengkak di sekitar mata, pipi, hidung atau kening
- Mual
Sinusitis sering disebabkan oleh:
- Bakteria
- Alergi
- Pencemaran udara
- Polip hidung
Sinusitis boleh dirawat dengan ubat dekongestan. Ia boleh membantu mengurangkan penyumbatan pada sinus dan mengurangkan pembengkakan pada sinus.
Anda juga haruslah minum air yang secukupnya.Selain itu, anda haruslah menghindari alergen tertentu seperti asap kerana ia boleh mengeringkan lapisan membran mukosa sinus anda.
Jika simptom anda masih berlanjutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

6 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih di atas soalan anda.
Ia pasti menyukarkan aktiviti kehidupan seharian seperti ke sekolah atau kerja apabila mempunyai simptom-simptom yang anda alami sekarang. Berdasarkan soalan anda, ia kelihatan seperti anda mengalami sinusitis.
Sinusitis ialah jangkitan sinus disebabkan oleh bakteria. Sinus ialah rongga-rongga di muka yang berisi udara. Ia terdapat pada permukaan atas dan bawah mata dan juga di belakang hidung.
Dalam sinusitis, rongga-rongga ini dipenuhi dengan mukus. Keradangan disebabkan oleh jangkitan menyebabkan sinus menjadi sakit dengan tekanan. Ini menyebabkan peningkatan tekanan pada kepala. Antara simptom-simptom lain untuk sinusitis ialah:
• Hidung berair. Discaj hidung boleh didapati dalam warna hijau atau kuning.
• Sakit tekak. Disebabkan oleh discaj di hidung, ia boleh melalui bahagian tekak menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa pada tekak.
• Kesukaran bernafas. Ini disebabkan oleh hidung yang tersumbat.
• Sakit kepala. Tekanan yang tinggi di dalam sinus akan memberikan sakit kepala.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan diagnosis and rawatan yang betul.