
Sulit
4 tahun
Hidung hilang deria bau / bau busuk lendir
saya tidak demam , tak pening kepala, tak batuk atau selesema . tiba2 hidung saya tidak ada deria bau . dan ada macam rasa tidak selesa , bau lendir . makan rasa pahit , dan loya . muntah bersama lendir . badan jadi lemah , dada sakit dan sukar bernafas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi dan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, kehilangan deria bau boleh berlaku apabila terdapat masalah di dalam rongga hidung, struktur hidung, saraf olfaktori (deria bau) ataupun masalah pada otak. Terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Manakala simptom lain yang anda alami mungkin berkait rapat dengan kondisi kesihatan berikut:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah GERD
Walaubagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih