
Sulit
3 tahun
Hidung kerap bau asap
Saya Nana umur 22 thn. Sejak lebih kurang 2 bulan lepas saya kerap bau asap. Pada mulanya saya beranggapan bau asap berpunca daripada pembakaran tapi baru2 ini saya mula perasan bau asap bukan daripada pembakaran. Tiada apa2 yang terbakar tapi saya masih terbau bau asap. Bila saya tanya keluarga saya hanya saya seorang yang dapat menghidu bau asap. Tekak saya juga kadang2 sakit. Saya mempunyai madalah allergic rhinitis jadi mata dan hidung saya kerap berair.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, berbau asap boleh disebab oleh masalah allergic rhinitis, sebab kerap berair dan radang akan mempengaruhi fungsi saraf penciuman dalam hidung. Sakit tekak juga boleh disebab oleh masalah ini sebab air dan lendir yang mengalir ke tekak akan menyebabkan iritasi pada tekak dan kadangnya bergejala sakit.
Selain itu, gejala anda juga boleh disebab oleh perkara lain seperti post-nasal drip, jangkitan, gangguan saraf dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.