Sulit
2 tahun
Hidung kerap tersumbat adakala kiri adaka kanan
salam…
saya beberapa harini kerap hidung tersumbat kejap kiri kejap kanan tapi ada waktu² biasa petang or sejuk…tapi apabila sy dapat info kes covid 9k tiba² jantung berdebar,tiba2 tekak macam nak sakit…tiba² rasa sakit di tapak kaki naik ke pinggang…semua secara tiba²…sy dah 1 tahun alami hidung tersumbat…tapi adakalanya 1 bulan xkena…adakalanya selalu kena…adakah hidung tersumbat itu kire sesak nafas???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah hidung tersumbat boleh beraku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Mahupun keadaan seperti:
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongg hidung
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.