Anonymous
6 tahun
Hidung sumbat dan hingus cair tengah malam
saya berumur 53 tahun. sering mengalami hidung sumbat dan perlu diredakan dengan menghembus hingus. perkara ini berlaku antara jam 2-4 pagi. boleh dikatakan setiap malam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk hidung tersumbat yang berlangsung lama, maka kemungkinan penyebabnya, antara lain:
- Rinitis Alergi
- Polip hidung (hidung tersumbat hanya sebelah dan tidak berpindah-pindah)
- Iritasi hidung kerana faktor lingkungan contohnya asap atau debu.
- Sinusitis kronis (infeksi sinus yang berlangsung lama)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami kami. Terima kasih.




































