
Sulit
5 tahun
Hidung tak selesa dan berdenyut
Saya seorang pelajar berumur 22 tahun. Kebelakangan ini saya ada rasa di bahagian hidung saya. Rasa tak selesa dan berdenyut sehingga ke bahagian antara dua mata saya. Dia seperti jari menekan pada hidung dan antara dua mata rasa yang datang setiap hari dan hampir setiap masa. Saya juga tidak merokok sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Dan saya kerap bersama dengan telefon bimbit serta bermain game console dan computer. Harap doktor boleh bantu saya. Terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Sakit kepala akibat migrain
- Sinusitis
- Polip di dalam hidung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.