Sulit
5 tahun
Hidung tegang Dan kepala Dan kesukaran bernafas
Hidung tegang dan kepala dan kesukaran bernafas.
Hi Dr,sebelum ni saya ada makan ubat resdung.tremidflu tiga hari dan decancit dua biji.kemudian saya stop…dan dlm masa lima hari saya stop tu saya rasa hidung saya tegang,susah bernafas,dan kepala sakit tegang .adakah mungkin saya terlebih makan ubat .bagaimana saya mahu mengatasinya memandangkan sudah lima hari
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Menurut keterangan yang telah anda berikan, anda mengalami resdung. Masalah ini boleh mengganggu pernafasan anda. Anda mungkin berasa tidak puas semasa mengambil nafas dan memerlukan usaha yang lebih untuk menarik nafas.
Oleh kerana kita sedang mengalami wabak COVID-19 dan anda menunjukkan simptom seperti yang dijelaskan, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.





































