Sulit

3 tahun

Hidung tersumbat atau sinus

Saya berumur 40 tahun…hidung sensitif selalu tersumbat dan bersin ada kah ini sinus, resdung… Bangun pagi bersin2 malam hidung tersumbat dan alergik dengan debu mata selalu gatal… Sy juga menggunakan oxy nase nasal spray…apakah ada kesan sampingkan penggunaan oxy nase nasal spray…?tq :blush:

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah hidung tersumbat dan bersin. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda iaitu:

  • Penyakit alahan ruangan hidung ( allergic rhinitis )
  • Keradangan sinus yang kronik ( Chronic sinusitis )
  • Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
  • Keradangan ruangan hidung ( Nonallergic rhinitis )
  • Ketumbuhan polip dalam hidung
  • Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus ( recurrent infections )
  • Stress atau masalah tiroid
  • Alahan pada makanan atau ubat.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan atau anda mengalami simptom yang lain seperti:

  • Hidung berdarah
  • Kelegaan yang tidak dapat dicapai
  • Sakit tekak atau tonsil bengkak
  • Batuk kering atau basah
  • Batuk darah
  • Sesak nafas
  • Demam, muntah dan loya
  • Sakit sendi atau keruaman pada kulit

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:

  • Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
  • Jaga kebersihan diri secara am
  • Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
  • Elakkan makanan yang mempunyai alahan
  • Kurang stress dan cukupkan tidur
  • Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Mengenai nasal spray yang dinyatakan oleh anda, ia mempunyai beberapa kesan sampingan:

  • pening kepala
  • hidung menjadi kering
  • bersin
  • pertambahan cecair keluar dari hidung
  • loya
  • gementar

Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Sinuses

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)