
Sulit
4 tahun
Hidung tersumbat berair dan hingus meleleh sehinggakan sakit atas bahagian tekak
Saya mengalami hidung tersumbat sejak 2 minggu yang lalu… Saya ada pergi ke klinik tapi dr hanya sahkan alahan biasa dan beri ubat selesema dan steroid… Tapi kenapa masalah hidung tersumbat saya tidak hilang walaupun ubat sudah habis dimakan? Boleh dikatakan hampir 24jam saya mengalami masalah hidung tersumbat yang berair dan hingus meleleh sehinggakan bahagian atas tekak sy menjadi sakit apabila menelan air liur setiap hari… Perlu ke say terus berjumpa pakar ENT ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Pakar yang menguruskan masalah ini ialah pakar ENT. Namun, anda memerlukan surat rujukan untuk bertemu dengan mana-mana pakar. Kami boleh membantu anda namun, kami memerlukan kepastian dengan maklumat lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.