
Sulit
5 tahun
Hidung tersumbat dan banyak lendir
Hidung tersumbat dan banyak lendih…sy dah rujuk masalah dgn Dktr Ent…tpi tak selesa dkt tekak terlalu banyak lendir…ape yg perlu sy laku kn ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, anda disarankan untuk terus mengambil ubat yang telah diberi oleh doktor ENT yang anda kunjungi. Selain itu, anda boleh melakukan beberapa perkara yang berikut untuk melegakan tekak dan hidung tersumbat anda :
- minum air suam dengan banyak
- elakkan tidur dalam bilik berpenghawa dingin tanpa fungsi pelembap udara
- sentiasa buang kahak atau hingus apabila perlu
- elakkan merokok
- gunakan saline nasal spray
Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCall EPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.