
nursyafiqah20june
5 tahun
Hidung tersumbat , sakit kepala
saya berumur 19 tahun , mengalami hidung tersumbat pada sebulan yg lalu hingga sekarang . berlaku pada malam hari hingga ke pagi . kadang kadang hidung terasa pedih sukar bernafas , bila bersin tekak sakit dan lately ni selalu sakit kepala . check kesihatan saya dimana lebih sesuai ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan resdung (Sinusitis)
- Allergic rhinitis
- Cuaca malam yang makin sejuk dan juga aircon akan menyebabkan gejala sebegini
Anda boleh sahaja pergi ke mana-mana klinik yang terdekat untuk menjumpa doktor mana-mana kerana masalah ini adalah masalah yang sering dijumpai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.