
Anonymous
5 tahun
Hidung Tersumbat & Sakit Telinga
Saya remaja perempuan berumur 19 tahun mengalami hidung tersumbat yang dipenuhi kerak. Saya tidak mengalami masalah selesema tetapi tiba-tiba sahaja hidung saya dipenuhi kerak. Selain itu, saya juga mengalami masalah sakit telinga di sebelah kanan sahaja. Di bahagian belakang telinga saya kering dan bahagian dalam telinga terasa sakit. Perlukah saya berjumpa doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk pengetahuan anda, antara punca hidung tersumbat adalah seperti:
- Rhinitis Allergi
- Sinusitis
- Polip hidung
- Sakit kepala kluster
- Deviasi septum hidung
- Benda asing dalam hidung
Selain itu, terdapat banyak sebab sakit telinga seperti:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
- Masalah struktur sekitar telinga (Jangkitan pada tekak/tulang mastoid, tonsil bengkak)
Anda disarankan untuk berjumpa dan dapatkan konsultasi doktor jika keadaan anda berterusan dan menjejaskan aktiviti harian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.